Friday, April 23, 2010

Gadis Dalam Mimpi part 3

(Bunyi guruh kedengaran,hujan turun dengan sangat lebat)..Aku berjalan seroang diri sambil dibasahi hujan yang lebat dilembah yang sunyi....Seorang diri...Disisihkan...Keseorangan..Aku menunduk bisu sambil meneruskan langkah beratku ini...Hari demi hari bagaikan tidak bernyawa...Apa yang sudah terjadi....??

Setibanya aku di hentian bas berhampiran...Aku terlihat seorang lelaki tua...dia berkata kepadaku..''Wahai anak muda..Usahlah kamu kesali hidup ini..Sesungguhnya orang yang dapat melihat hari ini adalah orang yang bertuah kerana ada yang tidak sempat melihat hari ini kerana nyawanya diambil...''Aku hanya duduk sambil mendengar nasihat si tua itu...''Kamu kena ingat...Jika mahu berjaya..Kamu perlu merasai kesakitan,kesunyian,keperitan dan segala jenis kepedihan kerana itulah yang akan mematangkan fikiranmu anak..''Si tua berkata dengan penuh ikhlas...

Akhirnya aku bersuara...''Tapi pakcik...Hidup saya penuh dengan keperitan...Begitu sukar untuk saya mencapai kebahagian..''Aku meluahkan rasaku..''Anak..tuhan itu maha adil...Kamu kena tabah..Setiap dugaan pasti ada hikmahnya..''Si tua berkata...''Baiklah pakcik...Saya akan dengar nasihat pakcik...''Lalu aku bangun dan meneruskan perjalananku...''Terrrriima...''Baru saja ingin mengucapkan terima kasih kepada Si tua itu...Dia hilang dengan begitu saja...

Aku meneruskan perjalananku kearah cahaya yang terang....''Bagun...Hooii...Bagun...Berapa kali kau nak tido hah..Tak cukup tido ka...?''Ayyub mengejutkan ku didalam kelas...''Ayyub...Cikgu tak masuk lagi ka...?''aku bertanya...''Nasib hang memang baik..Cikgu tak datang hari ni..''Ayyub menjawab dengan nada menyindir...Sejenak aku berfikirkan kata2 si Tua itu...

Bersambung....

No comments: